tikah nk kongsi2 sket ...artikel lam majalah skull my sis ..SMKADG..nukilah pelajar klazz Al Bukhari...
kata orang jadi cikgu senang
selalu dapat cuti panjang
kerja separuh hari
balik rumah goyang kaki
tapi itu semua kata orang
sebenarnya cikgu sibuk memanjang
pagi-pagi menguruskan rumah
sampai sekolah cikgu dah mengah
ramai pelajar banyak karenah
tak boleh pula buat tak kisah
banyak mengajar suara serak
pelajar tidur tidak digerak
paling merimaskan kelas berselerak
nak tegur pun dah naik muak
kadang-kadang rasa sakit hATi
apabila pelajar buat tak peduli
cikgu mengajar dia buat kerja sendiri
kononnya 'tak payah ajar saya nie pelajar bestari'
lepas mengajar duduk di kerusi
menyemak buku yang menimbun tinggi
ujian pulak berkali-kali
tak cukup di sekolah di rumah sambung lagi
kadang-kadang tidur tak lena
terinagt esok ada agenda
mengajar tak bolah sambil lewa
pelajar gagal cikgu yang kena..
kadang-kadang lama bermesyurat
kadang-kadang duduk menaip kertas
jadi 'tukang kebun,juru latih'
semua dibuat walaupun letih
waktu pagi jalankan pengajaran
petang pula kelas kecemerlangan
malam ada buat rondaan
hujung minggu kelab dan persatuan
kadang-kadang terfikir juga
alangkah baiknya kerja cikgu mengajar sahaja
barulah p n p smart belaka
tapi apakah daya cikgu adalah segala-galanya
rumah tangga pun kena jaga
sebilangan pelajar yang merendah diri
kepada guru sentiasa dihormaTI
mereka inilah penyejuk hati
terasa ikhlas ilmu diberi
harapkan gaji tak seberapa
kerja overtime bayaran tak ada
semuanya dikira ikhlas belaka
demi kecemerlangan peljar kita
namun kata orang kerja cikgu mulia
tek der cikgu si bijak menjadi'buta'
si celik pun teraba-raba
si bodoh lagilah tak tahu apa-apa
tak ada cikgu ..skull pun tak ada!!
TERIMA KASIH CIKGU!!!!
harp korunk semuer renungkanlah
'lengoh' jari menari atas keyboard nie...
huhuhuuh